ESG merupakan strategi korporat untuk mencapai 17 SDG yang telah ditetapkan oleh United Nation(UN).
AGENDA PEMBANGUNAN LESTARI 2030
Menyediakan pelan tindakan bersama untuk keamanan dan kemakmuran untuk manusia dan planet ini, kini dan ke masa hadapan.
Sustainable Development Goals (SDGs)
Pada 2015, 193 negara menerima pakai 17 Matlamat Global dengan 169 sasaran dan 248 petunjuk untuk mencapai masa depan yang lebih baik dan lebih mampan untuk semua.
Rangka tindakan itu menyediakan rangka kerja yang koheren, holistik, bersepadu untuk menangani cabaran mampan global yang paling mendesak yang melindungi alam sekitar, menangani perubahan iklim, menamatkan kemiskinan dan kelaparan, mengurangkan ketidaksamaan, meningkatkan akses kepada penjagaan kesihatan dan pendidikan serta membina institusi dan perkongsian yang kukuh.
Ia menyeru tindakan bersama oleh kerajaan, perniagaan dan masyarakat awam di seluruh dunia untuk menyelesaikan isu-isu mampan global yang mendesak.
Apa itu ESG?
ESG fokus kepada 3 perkara utama
ESG-JTM
ESG adalah singkatan dari Environmental (E), Social (S), and Governance (G), dan merupakan kerangka kerja yang digunakan untuk menilai kesan operasi organisasi terhadap Alam Sekitar, Sosial dan Tata Kelola:
Environmental (Alam Sekitar): Pengurusan mengetuai dan membimbing organisasi dengan libat urus semua peringkat di dalam organisasi untuk mengawalselia, menilai dan mengurus tadbir sumber operasi(latihan dan pentadbiran), pengurusan operasi, dan kawalan impak kepada alam sekitar akibat daripada operasi.
Social (Sosial): Merujuk kepada hak kemanusiaan dan kesamarataan, termasuklah hubungan antara institut dan orang awam, polisi dan tindakan yang memberi impak kepada individu, kumpulan sasar dan masyarakat.
Governance (Tata Kelola): Merujuk kepada tata kelola membuat keputusan, pelaksanaan keputusan/perancangan dan tata kelola dalam melaksana operasi organisasi serta pentadbiran bagi memastikan faktor perlindungan alam sekitar dan impak sosial dapat dikawal selia dengan baik.
SDG DIPETAKAN KEPADA ESG
KERANGKA PERLAKSANAAN ESG JTM
Matlamat ESG JTM
ENVIROMENTAL
- Memastikan semua kampus ILJTM merupakan kampus hijau yang diiktiraf.
- Memastikan penggunaan tenaga hijau sepenuhnya dalam operasi ILJTM.
- Memastikan pengurusan sumber dan sisa yang lestari.
- Menyasarkan keluaran graduan ILJTM berkemahiran hijau.
SOCIAL
- Memastikan latihan kemahiran di ILJTM mudah diakses oleh setiap lapisan masyarakat.
- Membantu meningkatkan kesedaran masyarakat setempat dan industri kepada pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan industri lestari.
GOVERNANCE
- Memastikan komitmen pengurusan tertinggi dalam penjagaan alam sekitar serta komuniti berdaya saing melalui elemen green TVET.
- Memastikan semua pihak dalam organisasi JTM komited dan mengambil bahagian melaksanakan ESG.
- Kerjasama dengan pembekal, rakan kongsi dan pemegang taruh dalam memastikan agenda ESG global dicapai sepenuhnya.
Elemen ESG Sedia Ada di JTM
SASARAN ESG Jangka Pendek (2025)
SASARAN ESG JTM JANGKA PANJANG
Skills for Life
(Lifelong Learning)
